First of all, aku nak buka sikit minda anda2 semua tentang STPM.
Aku yakin kat luar sana ramai sangat students lepasan SPM yang jadikan STPM ni sebagai pilihan terakhir. Bahkan ada jugak yang fikir ambil STPM ni tak ada masa depan! Ayooo... Aku tak faham betul kenapa masih ada lagi makhluk Tuhan yang fikir macam tu😂 Bagi aku, pelajar yang bijak adalah pelajar yang ambil STPM sebagai salah satu langkah untuk sambung belajar di luar negara.
Kalau nak tahu, impian aku dari kecil memang nak sambung study kat United Kingdom. Ya, UK! Aku yakin korang yang baca ni salah seorang yang nak sambung study kat oversea jugak. Macam yang korang tahu, nak sambung study kat UK ni bukan senang. Korang kena lepas requirements yang mereka minta barulah korang berpeluang untuk dapat offer untuk sambung study kat sana. Kalau ya pun dapat, of course lah korang kena ada duit ye dakkk😜
Kepada adik2 kat luar sana yang masih lagi dilema nak ambil STPM ke tidak, aku sarankan korang ambil jelah dik. Ya, aku akui STPM ni memang agak susah bahkan STPM ni adalah exam yang paling susah kat Malaysia. Tapi kalau korang score dalam STPM ni, percaya cakap aku dik, korang nak mohon uni kat oversea pun lepas! Kalau korang perform, mohon biasiswa pun mudah!
Sebelum aku teruskan apa yang aku nak cakap, meh sini aku explain sikit Kelebihan STPM untuk masa depan adik2 ku sekalian!
1. JIMAT KOS
Ya, kalau nak sembang pasal duit untuk sambung belajar memang STPM adalah salah satu langkah bijak untuk korang sambung Degree selepas tamat STPM especially kalau korang nak sambung belajar di luar negara. Sudah terang lagi bersuluh STPM ni hanya perlukan kos yang sedikit berbanding kalau korang ambil A-Levels, melainkan kalau korang dapat tajaan ke luar negara lepasan SPM untuk korang sambung A-Levels dan bila korang melepasi requirement, korang akan terus diterbangkan ke luar negara. Gituh. So far apa yang aku boleh simpulkan, stpm ni jimat kos berbanding yuran pengajian yang lain.
2. TEMPOH YANG SINGKAT
Ini salah satu benda menarik, yang mana korang hanya memerlukan setahun setengah sahaja untuk belajar berbanding kalau korang ambil Diploma yang mana korang perlu belajar selama 3 tahun. Tapi singkat pun singkat jugak, tapi belajar memang tough ya. Jadi korang kena perform betul2 masa stpm tu! Barulah korang rasa berbaloi dan puas belajar setahun setengah tu.
3. BOLEH ULANG SUBJEK GAGAL
Ini paling best. Korang boleh ulang subjek2 yang korang rasa korang nak improvekan lagi. Kalau korang tak puas hati dapat A-, korang masih ada peluang untuk ulang subjek tu untuk dapat A! Tapi aku nak cakap sikit ni, memanglah tak ada masalah kalau korang nak mengulang. TAPI, tolonglah jangan tanam niat nak mengulang! Bukan apa, korang kena fikir jugak kalau korang mengulang tu nanti korang rajin ke nak selak2 balik subjek2 ulangan tu? Dengan korang nak study yang Sem 3 punya lagi, dengan subjek ulangannya lagi. Ingat ya, Sem 1 & Sem 2 sahaja yang boleh ulang. Sem 3 tak boleh ulang, jadi belajarlah elok2 untuk Sem 3.
4. SIJIL DIIKTIRAF DI DALAM DAN LUAR NEGARA
Betul, sijil STPM memang diiktiraf bukan sahaja dalam negara tapi juga luar negara. Aku dah buat research pasal ni sejak aku form 1(2013) lagi. Ha kira lah sendiri umur aku berapa sekarang ni😛 Jadi korang jangan risau, pointer korang 3.00 ke atas je insyaAllah ada rezeki banyak universiti yang nak korang. Apa, ingat stpm ni cikai2 ke? Nak dapat 3.00 ke atas tu bukan mudah tau melainkan kalau korang rajin & belajar sungguh2. So aku nasihatkan, once korang dah masuk form 6 ni tolonglah jadi rajin, sebab even korang pandai sekalipun tapi tak rajin belum tentu korang boleh perform! Bila korang perform, mudahlah untuk korang masuk universiti yang korang nak!
Ini contoh requirement University of Oxford. Mu jangan main2.
Ini pulak contoh requirement University of Cambridge.
Okay takat tu je secara umumnya aku explain kelebihan STPM. Banyak lagi sebenarnya kelebihan STPM ni. Aku bukan nak promote STPM ke apa, tapi sebab aku sendiri ambil STPM sebagai salah satu cara aku nak sambung Degree kat United Kingdom. Jadi doakan aku supaya dapat capai impian aku nak sambung study kat sana!
So, ini adalah result keseluruhan STPM aku.
Bukan mudah ya untuk dapat 3.58 ni. Mungkin mudah untuk orang genius.
Kalau nak tahu, aku berhempas pulas pagi petang siang malam semata2 nak capai target aku dapat 3.5 ke atas untuk STPM. Sebab aku tahu, ramai sangat student2 pandai kat luar sana yang akan dapat lebih tinggi dari aku jadi aku pun tak nak ketinggalan jugak😂😅
So sekarang ni misi aku adalah untuk memburu biasiswa! Ya, biasiswa untuk tanggung aku sambung belajar ke luar negara. Bukan itu je, aku pun kena isi permohonan UPU dan UCAS jugak. UCAS tu apa? UCAS ni konsep dia sama macam UPU, permohonan untuk masuk universiti. Cuma, UPU ni memang untuk kemasukan Universiti dalam Malaysia sahaja. UCAS pulak permohonan untuk masuk ke universiti luar negara. Tapi UCAS ni limit dia korang boleh mohon 5 universiti je. So pilih elok2
okay! UPU pun sama!
Setakat tu je entry aku kalini. Harapnya entry ni membantu adik2 yang sekarang tengah gigih buat research tu. Ingat! Jangan malu untuk ambil STPM! Jangan pernah mindset dalam otak korang semua bahawa STPM ni untuk pelajar kurang cemerlang SPM dan low class! NO, NO! Kalau ya pun korang kurang cemerlang dalam SPM, jadikanlah STPM ni sebagai salah satu medium untuk korang jadi lebih cemerlang daripada sebelumnya!
Kesimpulannya, tak kisahlah korang nak ambil STPM ke, Matrikulasi ke, Asasi ke, Diploma sekalipun, yang penting korang perlu belajar sungguh2 untuk capai impian korang. Semua pengajian sama je. Yang sibuk duk bezakan ini tak bagus itu tak bagus tu orang2 yang tak open minded je.
Good luck semua. Aku doakan semoga korang berjaya!
— Love, aini.





Kak aini berjaya tak ke uk? And pakai biasiswa apa ? Tapi selalunya universiti luar negara nak ielts...f6 hanya ada muets je ..boleh ke sambung?
ReplyDeleteDid you manage to go to UK?! Let us know! Btw thank you for this inspiring story ❤️
ReplyDeleteSek. saya ramai 4flat. Tapi tak sambung oversea. Tak pasti sama ada depa boleh atau tak. Most of them sambung USM penang. Maaf sis bagi sek saya, 3.58 tu sikit jee.
ReplyDelete